Monday 1 April 2013

Pemikiran G.W. Leibniz


Gottfield Wilhelm Leibniz
G.W.Leibniz (juga dikenali sebagai von Leibniz) dilahirkan pada 1 Julai 1646 di Leipzig, Jerman. Beliau merupakah tokoh teragung ketiga dari aliran Rationalisme di benua Eropah. Bapanya seorang profesor dalam bidang falsafah. Leibniz belajar undang-undang di University of Leibzig yang mana ketika itu beliau baru berusia 15 tahun.
Selain belajar undang-undang, beliau juga turut  mempelajari falsafah dan seterusnya menghasilkan tesis De Principio Individui (Mengenal Prinsip Individu) pada 1663. Pada 1666, pihak berkuasa universiti enggan menganugerahkan ijazah kedoktoran kepada beliau kerana terlalu muda. Bagaimanapun akhirnya beliau memperolehi ijazah kedoktoran dalam bidang undang-undang daripada Universiti of Altdorf di Nuremburg.
Disamping terkenal sebagai seorang ahli falsafah, Leibniz juga terkenal sebagai seorang ahli matematik dan logik. Penciptaan kalkulus beliau telah menghasilkan Nova methodus Pro Maximus et Minimus (Kaedah Baru untuk Terhebat dan Terlemah). Leibniz banyak menyentuh perkara berkaitan matematik, logik, sains, sejarah, undang-undang dan teologi. Aliran pemikiran beliau dipengaruhi oleh pemikiran Rene Descartes (1596 – 1650) dan juga Galileo Galilei (1564 -1642).
Leibniz terkenal dikalangan ahli falsafah kerana pelbagai falsafah yang dihasilkan termasuk teori mengenai kebenaran, alam kemungkinan (dunia yang mengandungi satu ciri benda infiniti yang dicipta oleh Tuhan), prinsip harmoni prakukuh (Tuhan menjadikan alam dalam keadaannya yang sejajar dengan mental dan peristiwa fizikal dan berlaku secara serentak), prinsip bukan penentang (sebarang usul yang didapati bertentangan maka dianggap sebagai palsu).
Semasa hayatnya, beliau pernah memgembara hingga ke Paris dan menjawat jawatan diplomat di sana. Ketika di sanalah beliau berkesempatan bertemu dengan beberapa orang tokoh falsafah antaranya Arnauld (1612-1694) dan Melebranche (1638-1715) dan daripada mereka beliau mempelajari falsafah Descartes dengan lebih mendalam lagi.
Kemudian ketika beliau mengembara ke Netherland, beliau tertarik pula dengan falsafah Spinoza (1632-16770. Falsafah Leibniz agak meluas kerana beliau banyak mengkaji falsafah terdahulu seperti Aristotle, Aquinas, Francis Bacon dan Thomas Hobbes.
Epistemologi Leibniz
Dalam epistemologi Leibniz membuat perbezaan yang jelas antara dua jenis kebenaran.
Pertama: Kebenaran yang diterima sebagai kebenaran yang kerja akal (reason) ia adalah kebenaran a priori atau pengetahuan semulajadi (innate knowledge) yang diperolehi sebelum berlakunya pengalaman.
Kedua: Kebenaran fakta (facts) ialah kebenaran yang berhubung dengan kebenaran a posteriori iaitu ilmu yang diperolehi selepas berlakunya pengalaman tetapi kebenaran yang diperolehi melalui kerja-kerja akal logik atau kerja-kerja akal matematik.
Menurut Leibniz, kebenaran kerja-kerja akal merupakan kebenaran-kebenaran yang kekal sebab kebenaran demikian tidak dapat disangkal lagi. Misalnya garis sempadan kepada tiga selalunya sama kepada kedua-dua sudut.
Sedangkan kebenaran yang diperolehi melalui berlakunya pengalaman itu belum boleh lagi dikatakan tetap sebab kebenaran tersebut hanya merupakan data empirikal yang mampu dikhayalkan oleh deria. Oleh itu ia bukanlah kebenaran yang tepat. Malah Leibniz menggelarkannya sebagai kebenaran yang bersifat kebetulan sahaja.
Contoh: sungguhpun salji itu putih ia tidak mesti putih seperti yang dialami sebab ia juga boleh dikhayalkan sebagai merah.
Ketetapan bagi kebenaran ini hanya boleh berlaku dalam akal dan fikiran manusia sahaja. Walau bagaimanapun bagi kedua-dua jenis kebenaran tersebut hanya satu ciri sahaja yang boleh dikatakan sah iaitu ‘Kriteria Idea-idea Terkhusus dan Jelas Pengangan Rasionalists’ (Rationalists Criterion of Clear and Distant Ideas), iaitu satu kriteria yang digunakan tidak hanya bergantung semata-mata kepada pancaindera dalam menentukannya.
Leibniz berpendapat bahawa setiap kebenaran di atas tadi ditentukan atau dikawal oleh prinsip khas. Kebenaran akal (truth reason) dikawal oleh prinsip pertentangan (principle of contradiction) dan kebenaran fakta (truth of facts) mesti sejajar dengan prinsip hujah memadai (principle of sufficient reason).
Doktrin Monad dalam Metafizik
Monad beerti unit. Dalam bahasa Greek ‘monad’ bermaksud unity atau oneness. Monad yang dimaksudkan Leibniz ialah pusat kepada aktiviti roh (a center of psychic activity) iaitu unit. Leibniz menghuraikan persoalan dari unit tenaga kepada monad dengan menentukan sama ada satu tenaga satu zat substance atau hanya satu sifat kepada zat tersebut.
Jasad ini terdiri daripada beberapa tenaga. Oleh kerana di alam ini banyak perkara wujud maka sudah tentu di alam ini juga banyak kuasa atau tenaga. Setiap datu dari tenaga itu adalah zat yang tersendiri. Tenaga (force) itu sebenarnya tidak boleh dibahagi kerana ia juga tidak berbentuk atau berjasad. Zat simple substance atau force menurut Leibniz adalah perkara metafizik, atom yang berbentuk formal atom.
Pendapat Leibniz berbeza dengan Spinoza yang mengatakan bahawa semua perkara tidak boleh berdiri dengan sendiri. Oleh kerana itu dalam alam ini hanya ada satu zat sahaja iaitu Tuhan. Leibniz pula mengatakan bahawa setiap unit tenaga itu adalah satu zat tersendiri.
Alam jasad terdiri daripada beberapa unit yang tidak terbilang banyaknya. Ini bermakna monad tidak terhitung jumlahnya di alam ini. Monad boleh difahami dengan melihat kepada diri manusia itu sendiri yang mana sifatnya bukan benda dan tidak berkembang. Secara analoginya, Leibniz memberikan pengertian monad sebagai satu tenaga spiritual.
Monad tidak boleh diubah oleh sebarang makhluk kerana monad tidak mempunyai ruang masuk (windowless) yang membolehkan sesuatu itu memasuki atau keluar darinya. Oleh itu, monad ialah satu unit yang tunggal yang tidak boleh dipecah-pecahkan lagi kepada beberapa unit-unit lain. Walaubagaimanapun, monad tersebut mestilah mempunyai kualiti-kualiti tertentu dan mempunyai perbezaan dengan monad lain. Ini kerana di alam ini tidak ada satu benda pun yang boleh sama dalam semua bentuk. Jika tidak berbeza dari segi luaran, maka ia akan berbeza dari segi dalaman.
Beberapa monad pula akan membentuk hierarki iaitu sama ada hierarki itu ada yang tinggi dan ada yang rendah bergantung kepada kejelasan dan perbezaan monad-monad tersebut. Badan manusia terdiri beberapa monad dan setiap satu daripadanya adalah jiwa dan sifatnya kekal abadi. Daripada monad-monad yang banyak itu terdapat satu sahaja monad yang paling dominan iaitu dipanggil nyawa manusia. Monad dominan tersebut yang akan mengawal segala pergerakan yang dilakukan oleh monad lain.
Contoh: apabila tangan digerakkan, maka tujuan gerakkan tersebut ditentukan oleh monad yang dipanggil minda.
Tuhan adalah monad paling tinggi sekali daripada monad-monad yang ada. Tuhan adalah monad yang paling sempurna, paling asli dan monad bagi segala monad. Tuhan monad adalah saling-abadi co-eternal. Beliau berpendapat bahawa Tuhan sahaja mencipta monad-monad dan Tuhan sahaja yang boleh menghancurkan monad-monad ini. Jika dibandingkan monad dengan atom, maka atom juga banyak bilangannya di alam ini. Tetapi atom yang dimaksudkan itu bersifat benda manakala monad Leibniz pula bersifat spiritual.
Minda menurut Leibniz
Leibniz membahagikan semua objek atau benda yang wujud ini kepada dua jenis iaitu: bernyawa atau tidak bernyawa. Benda-benda tersebut sama ada bernyawa atau tidak bernyawa mempunyai roh atau minda atau benda itu sendiri adalah roh atau minda. Beliau juga menyatakan bahawa tugas minda adalah berfikir. Berfikir adalah sifat semulajadi yang ada pada minda kerana hanya manusia sahaja yang mempunyai minda yang boleh memikirkan perkara-perkara yang sukar dan susah.
Leibniz menjelaskan benda bernyawa mempunyai minda termasuk haiwan. Apakah haiwan juga mempunyai minda yang mampu berfikir seperti manusia? Leibniz menjelaskan bahawa haiwan tidak berkemampuan berfikir seperti manusia. Minda berfikir, dan apa yang difikirkan antara lain ialah berfikir tentang hakikat yang benar. Apa yang penting ialah minda berfikir mencari kebenaran dalam dirinya sendiri dan diluar dirinya.
Pancaindera juga memainkan peranan yang penting dari aspek bekerjasama dengan minda. Pancaindera yang ada pada tubuh manusia sabagai alat penghubung yang membawa maklumat sesuatu perkara terus kepada minda.
Minda sebagai alat berfikir dikategorikan oleh Leibniz sebagai sesuatu yang tidak binasa (immorality). Minda mempunyai persamaan dengan roh dari segi ketidakbinasaannya. Ini adalah kerana minda sesuatu yang halus. Hujah mengenai ketidakbinasaan minda ialah:
Pertama, pergerakan merupakan perubahan-perubahan benda dalam ruang.
Kedua, sebab semua tindakan jasad atau raga adalah gerak, setiap perkara yang bukan raga tidak ada dalam ruang. Ini kerana untuk wujud dalam di dalam ruang adalah merupakan definisi raga.
Ketiga, setiap perkara yang tidak ada dalam ruang tidak boleh bergerak. Ini kerana gerak adalah perubahan ruang.
Keempat, setiap perkara yang tidak boleh bergerak juga tidak boleh dihapus. Ini kerana penghapusan adalah gerak dari bahagian-bahagian.
Kelima, semua benda yang tidak boleh terhapus juga tidak boleh dibinasa. Ini kerana pembinasaan merupakan penghapusan dalaman (batin).
Keenam, semua benda yang tidak boleh dibinasakan tidak binasa (immortal). Ini kerana kematian adalah kebinasaan kepada benda-benda hidup atau penghapusan bahannya.
Ketujuh, dari sini didapati bahawa benda yang boleh bergerak sendiri nyata sendiri boleh menggerakkan dirinya sendiri.
Kesimpulan bahawa didapati minda manusia adalah abadi tidak boleh binasa (immortal). Minda menurut Leibniz adalah benda yang abadi tidak binasa. Ia dianggap mempunyai idea secara tabie (fitrah) dan mengandungi kebenaran yang pasti. 
Karya Terkenal:
Individualism (1663)
Theodicy (1710)
Discourse on Metaphysisc (1690)
New System of Nature (1695)
New Essays on the Human Understanding (1714)
Monalogy (1714)
Principle of Nature and Grace (1714)

Rujukan
Ahmad Sunawari Long. 2008. Sejarah Falsafah. Ed 2. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohammed Yusoff Hussain. 2002. Pengenalan Kepada Sejarah Falsafah Barat Moden. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd.
 
 

Amilin Lee

1 comment:

  1. Mens Titanium Wedding Band - www.titanium-arts.com
    Mens TOTO BAND titanium engine block - FOUR FUTURE GATHERING BAND - FOUR FUTURE GATHERING graphite titanium babyliss pro BAND titanium band rings - TANYANING TOUCHLE titanium wok - 2020 ford edge titanium for sale FOREVER TOUCHLE TREE - TANYANING TREE.

    ReplyDelete