SKIZOFERNIA
'A Beautiful Mind'
Skizofrenia
adalah salah satu penyakit otak dan mental yang serius. Perkataan skizofrenia
atau schizophrenia kerap digunakan oleh doktor. Perkataan ini agak asing bagi
orang ramai kerana ia jarang digunakan. Orang ramai biasanya menggunakan
perkataan seperti “orang gila” , “orang sakit mental” atau "psycho"
terhadap pesakit skizofrenia. Namun penggunaan perkataan “gila” dan “sakit” ini
adalah kadang-kadang di salah ertikan kerana penyakit mental sebenarnya
terdapat bermacam jenis dan tidak semuanya adalah skizofrenia. Dengan demikian
seseorang yang menderita skizofrenia adalah seseorang yang mengalami keretakan
jiwa atau keretakan keperibadian.
Skizofrenia
terbahagi kepada dua konsep asas iaitu skizofrenia akut dan skizofrenia kronik.
Skizofrenia akut adalah apabila pesakt didominasi oleh keadaan klinikal seperti
mengalami simptom-simptom delusi, halusinasi dan gangguan pemikiran. Keadaan
sebegini dipanggil simptom positif. Sesetengah pesakit pulih daripada penyakit
yang akut, sementara da setengah yang lain menjadi sindrom kronik. Skizofrenia
kronik pula pesakit yang mengalami tiada emosi, kurang upaya motivasi,
pergerakan perlahan dan suka menyendiri daripada masyarakat. Ini digelar
simptom negatif. Kebiasaannya penghidap skizofrenia gagal berfungsi secara sosial
dan persekitaran serta tidak berupaya untuk menguruskan diri mereka
sendiri.
Skizofrenia
sebenarnya adalah satu penyakit kronik dan merupakan masalah kegagalan fungsi
otak. Pesakit skizofrenia biasanya mendengar suara yang tidak didengari oleh
orang lain atau mempercayai orang lain sedang membaca dan menguasai pemikiran
mereka, mahupun cuba mencederakan mereka. Keadaan ini biasanya menimbulkan
ketakutan kepada pesakit. Mereka juga sering bercakap perkara-perkara yang
tidak masuk akal, duduk tanpa bercakap atau terlalu banyak bercakap selama
berjam-jam atau kelihatan baik sehinggalah memerkatakan apa yang mereka
fikirkan. Gangguan ini dikaitkan dengan
ketidakseimbangan unsur kimia tertentu dalam otak yang dipanggil
neurotransmiter.
SEJARAH
SKIZOFRENIA
Penyakit
skizofrenia ini telah ditemui sejak beribu tahun lagi, sejak zaman Greek.
Kajian psikologikal telah menemui dalam tamadun Babylon, Mesir Purba dan
Yahudi. Skizofrenia berasal daripada perkataan Greek, “schizophrenia”, yang
bermaksud minda terbelah. Zaman Babylon mengatakan ianya kuasa pengetahuan dan
cara-cara merawat penyakit fizikal ini. Tamadun Mesir Pura pula, sama seperti
Zaman Babylon, mengenal pasti bahawa otak atau akal itu merupakan tempat di
mana mental berfungsi dan terma persekitaran yang praktis dan terapi tidur. Ia
bleh dianggap sebagai satu penyakit yang agak baru kerana buat satu tempoh yang
agak lama, gejala-gejala skizofrenia sering dikaitkan dengan rasukan hantu.
Hanya pada tahun 1893 ianya mula dianggap sebagai satu penyakit.
Pada tahun
1890, seorang ahli psikiatri dari Perancis, Morel menguraikan sindrom ini
sebagai demence precox. Pada tahun 1896, Father Of Psyhiatrist, Emil Kraepelin
berpendapat sindrom ini sebagai dementia praecox yang terdiri daripada tiga
jenis iaitu katatonik, hebefrenia dan paranoid. Kraeplin menjelaskan bahawa
kecelaruan ini merujuk kepada peringkat gangguan yang melemahkan kemampuan
proses pramatang otak bagi seseorang itu. Beliau turut menjelaskan bahawa
kecelaruan ini memerihalkan keadaan perpecahan mental yang bermula dari zaman
kanak-kanak. Antara simptom dalam kecelaruan ini ialah halusinasi, delusi,
penarikan sosial dan berlakunya gangguan dalam memberikan tumpuan.
Sementara
pada tahun 1911 ahli psikiatri dari Sweeden, Eugen Bleular menggantikan
“dementia praecox” dengan schizophrenia. Schiz bermaksud terbelah, tercerai
atau terpisah (spit). Phrenia bermaksud fungsi fizik, mind
(minda) iaitu antara keadaan reality dan fantasi. Dengan kata lain skizofrenia
ialah split of the mind. Bleular juga mempercayai bahawa kecelaruan ini
bukanlah sekadar kecelaruan personaliti semata-mata malahan terjadi disebabkan
oleh keadaan tekanan yang dialami. Namun begitu beliau tetap bersetuju dengan
cadangan simpton yang wujud dalam kecelaruan ini seperti dinyatakan oleh
Kraeplin, iaitu halusinasi, delusi, penarikan sosial dan gangguan dalam
memberikan tumpuan. Pendapat ini diterima ramai oleh ahli psikiatri dan kekal
sehingga hari ini.
Filem A
Beautiful Mind (2001) ini menceritakan kisah sebenar mengenai ahli matematik
genius iaitu John Forbes Nash, yang berjaya mencipta teori ekonomi yang telah
digunakan sehingga sekarang. Kisah ini bermula apabila John Nash telah diterima
masuk keUniversiti Princeton. Beliau merupakan penerima anugerah Carnegie Prize
dalam bidang matematik. Beliau juga telah dijanjikan sebuah bilik tunggal,
rakan sebiliknya Charles Herman, seorang pelajar sastera yang tidak lama
menjadi sahabat karibnya. Nash juga bertemu dengan rakan sekuliahnya
(matematik) seperti Martin Hansen, Sol, Ansley dan Bender. Nash seorang lelaki
yang pemalu, menyendiri, rendah diri, tidak pandai bersosial, dan seorang yang
terlalu yakin pada diri sendiri. Beliau tidak pernah masuk ke kuliah matematik
seperti rakan yang lain dan sering menghabiskan waktu di luar kelas untuk
mendapatkan idea yang original. Beliau akhirnya berjaya mendapat idea apabila
seorang wanita menolak pelawaannya di bar dengan terhasilnya kawalan dinamik
dalam bidang ekonomi matematik.
Setelah
tamat di Princeton, beliau diterima kerja di Masaachusetts Institute of
Technology (MIT) bersama rakannya Sol dan Bender. Lima tahun mengajar mengenai
kalkulus di MIT beliau berjumpa dengan Alicia Larde dan akhirnya berkahwin.
Nash telah dijemput Jabatan Pertahanan di Pentagon untuk memecahkan kod rahsia
musuh Amerika Syarikat. Beliau berjaya memecahkan kod rahsia tersebut dan
bertemu dengan William Parcher, agen rahsia yang memberi tugasan kepada Nash
untuk memecahkan kod melalui majalah dan surat khabar. Beliau terlalu obses
dengan tugas tersebut dan pada masa yang sama beliau berjumpa semula dengan
Charles serta anak saudaranya Marcee.
Alicia membuat laporan di Hospital Psikitari setelah melihat perubahan
yang dialami oleh Nash. Doktor memberitahu bahawa William Parcher, Charles dan
Marcee sebenarnya adalah khayalan Nash sahaja.
Nash diberi rawatan dan ubat antipsychotic. Ubat-ubat tersebut
memberikan kesan terhadap hubungannya dengan isterinya serta keupayaannya untuk
berfikir. Beliau akhinya menolak untuk makan ubat tersebut dan watak dalam
halusinasinya muncul kembali semula. Nash dan Alicia memutuskan untuk hidup
secara normal dan Nash harus melawan halusinasinya dengan tidak mengambil
sebarang ubat dari hospital. Beliau meneruskan hidup dan diterima sebagai
pengajar semula. Pada 1994, beliau diberikan anugerah dalam bidang matematik,
Nobel Memorial Prize in Economics dengan terhasilnya teori ekulibriumnya yang
banyak berjasa pada teori-teori ekonomi.
Russell Crowe melakonkan watak
sebagai John Nash
JENIS DAN
SIMPTOM SKIZOFRENIA
JENIS
SKIZOFRENIA
Terdapat
tiga jenis skizofrenia yang utama iaitu skizofrenia paranoid, heberfrenik dan
katatonik.
1- Skizofrenia
Paranoid
Pesakit
mempunyai kepercayaan palsu atau delusi yang sentiasa menyimpang dengan
kebenaran yang normal. Ciri-cirinya pesakit sentiasa mengalami delusi,
halusinasi, curiga terhadap orang lain dan suka bertengkar. Pesakit percaya
mereka mempunyai identiti lain daripada identiti dirinya yang asal, seperti
nabi atau makluk ghaib. Pesakit percaya, dia mempunyai kuasa atau bakat-bakat
tokoh berkenaan. Keadaan ini biasanya dirujuk sebagai skizofernia besar
(skizofernia grandeur). Pesakit menunjukkan kemarahan yang berlebih-lebihan dan
curiga pada orang lain. Contohnya mereka mungkin mencurigai orang lain dan
percaya mereka akan diculik, dimalukan atau dibunuh. Berdasarkan kepercayaan
palsu ini,mereka bertindak ganas dengan tujuan melindungi diri mereka. Pesakit
secara relatifnya kelihatan normal yang lain meliputi wajah, berpakaian dan
seumpamanya. Skizofrenia ini juga disebut skizofrenia parafenik atau
parafrenia.
2- Skizofrenia
Hebefrenik (Kacau Bilau)
Skizofrenia
hebefrenik adalah jenis yang paling serius dan sering dialami pada peringkat
awal kehidupan seseorang. Ciri-cirinya adalah suka menarik diri daripada secara
ekstrim, halusinasi, delusi, kebodohan, mempamerkan tingkah laku yang tidak
sesuai, ganas dan ganjil. Skizofrenia jenis ini adalah seperti paranoid dari
segi adanya delusi dan halusinasi tetapi tidak teratur berpecah-pecah sehingga
ia tidak mempunai makna langsung. Pesakit biasanay menunjukkan tingkah laku
yang tidak senonoh, kurang sopan dan kotor. Misalnya berpakaian kotor ataupun
memakan makanan yang tidak sepatutnya.
3- Skizofrenia
Katatonik
Pesakit
biasanya tidak menunjukkan pergerakan langsung (tubuh badan menjadi kaku) dan
tidak sedarkan diri ataupun menggoyangkan badannya dengan cara yang melampau.
Biasanya pesakit bertindak dalam kedua-dua keadaan iaitu berdiam diri (kaku
seperti patung) dalam beberapa waktu dan menggoncangkan badan ataupun becakap
tidak berhenti-henti dalam waktu yang lain. Mereka mungkin berda dalam keadaan
kaku dalam beberapa jam.
4- Skizofrenia
Delusi (Skizofrenia Besar)
Pesakit akan
mengalami delusi yang bersifat tidak logik dan tidak disertai halusinasi.
Kecelaruan delusi bermaksud kecelaruan kepercayaan iaitu individu percaya
bahawa dirinya adalah orang tertentu dan bukan dirinya yang sebenar.
SIMPTOM-SIMPTOM
SKIZOFRENIA
Simptom
skizofrenia dapat dibahagikan kepada tiga aspek penting yang melibatkan
kecelaruan kognitif, ganguan emosi dan kecelaruan tingkah laku.
1- Kecelaruan
Kognitif
Ciri utama
adalah pesakit mengalami keadaan “tidak berpijak di alam nyata”. Pesakit
biasanya mempunyai kepercayaan ganjil dan tidak betul, mempunyai pemikiran dan
bahasa yang terpisah-pisah dan tidak logik. Mereka juga mengalami kecelaruan
tumpuan iaitu tidak dapat memberikan tumpuan kepada sesuatu perkataan atau
peristiwa. Kecelaruan persepsi ini dikenali sebagai halusinasi dan kecelaruan
kepercayaan pula dikenali sebagai delusi. Kecelaruan kognitif dapat dibahagikan
kepada dua iaitu halusinasi dan delusi.
i- Halusinasi
Ia adalah
pengalaman persepsi tetapi tanpa ransangan deria. Pesakit mungkin dapat
melihat, mendengar, merasa ataupun bau rangsangan yang ganjil tanpa kewujudan
ransangan itu dalam persekitaran. Halusinasi ini seolah-olah seperti benar kepada pesakit dan mungkin disebabkan
oleh kebimbangan dan perubahan fungsi dalam sistem saraf. Mimpi semasa tidur
yang dialami oleh manusia yang normal mungkin menggambarkan halusinasi bagi
penghidap skizofrenia. Jenis-jenis halusinasi dapat dibahagikan kepada berikut.
1. Halusinasi pendengaran : Mendengar
suara yang pada hakikatnya orang normal tidak mendengarnya.
2. Halusinasi penglihatan : Apa yang
dilihat seolah-olah berbentuk orang, binatang, barang atau benda. Apa yang
dilihat seolah-olah tidak berbentuk.
3. Halusinasi penciuman: Halusinasi yang
seolah-olah mencium sesuatu bau tertentu.
4. Halusinasi pengecap : Halusinasi yang
seolah-olah mengecap suatu zat atau merasa sesuatu yang dimakan.
5. Halusinasi sentuhan: Halusinasi yang
seolah-olah merasa disentuh.
6. Halusinasi gerak: Halusinasi yang
seolah-olah merasa badannya bergerak di sebuah ruang tertentu dan merasa
anggota badan bergerak dengan sendirinya.
Dalam filem
“A Beautiful Mind” ini, adanya halusinasi. Nash mengatakan bahawa beliau
mempunyai teman sekamar yang bernama Charles Herman dan anak saudaranya yang
bernama Marcee. Beliau juga berasa beliau sentiasa diikuti oleh agen rahsia
yang bernama William Parcher.
ii- Delusi
Delusi
adalah kepercayaan karut yang dipercayai dengan sangat kukuh oleh pesakit
walaupun dipertikaikan atau diragui oleh orang lain. Kepercayaan karut ini
tidak sejajar dengan budaya,agama, masyarakat keadaan social sekeliling dan
ilmu penfetahuan yang ada pada pesakit. Jenis-jenis delusi ialah :
Delusi
paranoid (paranoid or persecutory delusion) : Mempercayai bahawa terdapat orang
lain, kumpulan atau organisasi yang cuba untuk menganiaya , mencederakan,
mendatangkan kemudaratan atau membunuh pesakit tersebut. Contohnya; percaya
bahawa orang gaji telah memasukkan racun ke dalam makanan atau percaya bahawa
majikan dan orang atas memasang perangkap untuk menjatuhkan maruah pesakit dan
mengancam kedudukan jawatan pesakit. Dalam filem “A Beautiful Mind” ini, Nash
selalu merasa diikuti oleh ejen rahsia. Ejen ini selalu mengikuti Nash ke mana
beliau pergi termasuk ke tempat beliau mengajar.
Delusi
kawalan (delusion of control) : Mempercayai bahawa perbuatan , kemahuan dan
perasaan menjadi pasif dan hanya dikawal oleh kuasa dari luar tanpa kehendak
diri sendiri. Contohnya; tangan pesakit menumbuk seseorang kerana di paksa oleh
kuasa lain tanpa kawalan dan kehendak dirinya sendiri, merasai makhluk telah
masuk ke dalam badan dan memaksa membunuh anak
Delusi pelik
(bizarre delusion): Mempercayai dengan kukuh sesuatu yang pelik. Contohnya; percaya
bahawa malaikat telah datang menyerang bumi dan syaitan akan datang menyerang
pula bumi setelah kematian jin.
Delusi
grandiose (grandiose delusion): Mempercayai bahawa dirinya mempunyai kelebihan
tersendiri yang melampaui orang lain di dunia ini. Contohnya; percaya bahawa
dirinya adalah nabi yang turun untuk menyelamatkan dunia ini, percaya bahawa
dirinya boleh berkomunikasi dengan tuhan, percaya bahawa dirinya boleh mencipta
kenderaan untuk sampai ke bulan dengan sekelip mata, percaya bahawa dirinya
raja memerintah dan banyak lagi. Dalam filem ini, Nash menganggap dirinya
adalah pemecah kod rahasia terbaik .
Delusi
nihilistik (nihilistic delusion): Mempercayai bahawa diri sendiri atau
sebahagian daripada tubuh badan sudah tidak wujud lagi atau mempercayai bahawa
dunia sudah tidak wujud lagi. Contohnya percaya bahawa darah tidak mengalir
lagi dalam tubuhnya.
Delusi
merujuk (delusion of reference); Mempercayai bahawa orang lain di sekeliling
bercakap mengenai dirinya. Contonya; percaya bahawa jiran bersembang mengenai
dirinya, percaya bahawa televisyen menyiarkan cerita mengenainya.
Terdapat
banyak lagi contoh –contoh delusi dan perlu diingat, kepercayaan yang ada pada
pesakit itu hanyalah kepercayaan karut yang tidak sebenarnya berlaku tetapi kepercayaan
ini sangat kukuh dipercayai oleh pesakit walaupun beliau cuba di cabar.
2- Gangguan
Emosi
Ganguan ini
bermaksud tidak ataupun kurang menunjukkan tindak balas emosi, ataupun
mempunyai gerak balas emosi yang tidak sesuai dengan situasi. Misalnya,
menangis ketika orang bergembira, gembira dan ketawa ketika orang lain bersedih
dan sebagainya. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Emosi
yang tidak sesuai berlaku apabila pesakit mengalami emosi yang idak
sesuai atau ketawa berlebihan.
2. Emosi berlebih-lebihan berlaku apabila
pesakit mengalami emosi yang berlebihan daripada yang sepatutnya. Contohnya
jika diberikan wang RM1 dia menunjukkan kegembiraan yang melampau seperti
melonjak-lonjak dan ketawa yang kuat..
3. Emosi malap adalah emosi sentiasa murung dan tidak menceriakan.
Contohnya, apabila diberikan hadiah pesakit hana menunjukkan senyum yang
sedikit, tanpa menunjukkan senyuman yang sewajarnya.
4. Emosi mendatar berlaku apabila pesakit
tidak menunjukkan tindak balas emosi terhadap peristiwa atau peristiwa yang
berkaitan dengannya. Contohnya, apabila diberitahu bahawa kucing kesayangannya
mati, seseorang itu tidak menunjukkan sebarang reaksi.
5. Anhedonia adalah keadaan pesakit tidak
mampu mengalami keseronakan menyebabkan emosi pesakit kosong dan sesetengah
daripada mereka akhirnya membunuh diri.
Dalam filem
“A Beautiful Mind” ini terdapat gangguan
emosi. Ini dapat dilihat sewaktu Nash bersetuju untuk memandikan anaknya yang
masih kecil. Beliau tidak memberikan sebarang tindak balas ketika anaknya
menangis.
3- Kecelaruan
Tingkah Laku
Kecelaruan
tingkah laku berlaku apabila pesakit menarik diri daripada perhubungan sosial
(tarik diri sosial). Dalam kes seperti tertentu, mereka inginkan hubungan yang
rapat dengan orang lain tetapi takut kepada orang ramai, ataupun menunjukkan
kurang minat pada orang lain. Kadangkala pesakit hilang motivasi, tiada
aktiviti yang bermatlamat. Mereka juga mengalami kecelaruan motor ekspresi muka yang ganjil, terlalu aktif
ataupun sebaliknya tidak bergerak langsung ataupun seperti robot. Kadangkala
bahasa pesakit sukar difahami. Mereka juga bertindak seperti kanak-kanak dan
menunjukkan tingkah laku yang kurang sesuai di khalayak ramai misalnya dari
segi berpakaian. Terdapat pesakit yang tidak mampu menjaga diri dan membersihkan
diri seperti tidak mandi, menggosok gigi dan menukar pakaian.
Dalam filem
“A Beautiful Mind” ini, kecelaruan tingkah laku dapat dilihat apabila Nash
tidak mempunyai kawan sewaktu berada di universiti. Beliau lebih gemar
menyendiri dan menghabiskan masa di bilik dan perpustakaan. Beliau juga
mengatakan beliau tidak terlalu suka
berhubung dengan orang lain. Nash hanya mempunyai teman khayalannya yang
bernama Charles Herman.
Selain itu,
dalam filem ini,boleh dilihat kecelaruan tingkah laku yang mana Nash
menunjukkan ekspresi muka yang ganjil. Ini boleh dilihat bagaimana gaya
berjalan Nash. Apabila berjalan, Nash berjalan agak terbongkok. Hal ini juga
dapat dilihat ketika Nash berkenalan dengan temannya.
John Nash dan Charles Herman
RAWATAN
PENYAKIT SKIZOFRENIA
Tiada jalan
mudah dalam rawatan skizofernia walaupun terdapat banyak cara untuk sembuh namun tidak ada satu cara yang berkesan ke
atas semua kes jika dilakukan secara bersendirian. Apabila seseorang mengalami
penyakit mental, mereka perlu menjalani penilaian oleh kakitangan kesihatan.
Maklumat secara langsung dan tepat dapat
membantu kakitangan kesihatan dalam menentukan
dan merancang jenis rawatan dengan tepat. Sebahagian besar daripada
mereka dapat dirawat sebagai pesakit luar tanpa memerlukan kemasukan ke
hospital atau institusi mental. Terdapat berbagai jenis rawatan yang boleh
diaplikasikan kepada pesakit dan rawatan segera perlu diberikan agar mereka
dapat pulih dengan cepat. Terdapat berbagai jenis rawatan yang boleh digunakan
untuk merawat penyakit mental antaranya ialah:
1-
PENGGUNAAN UBAT-UBATAN
Pendekatan
ini merujuk pada pengambilan ubat antipsikotik iaitu dadah seperti thorazine,
melaril, stelazine dan prolixin yang pada umumnya menghasilkan kesan yang sama.
Ubat ini akan mengurangkan aktiviti reseptor dopamin otak yang akan dapat
mengurangkan halusinasi dan delusi pesakit tetapi tidak dapat menyembuhkan
penyakit ini. Menurut Mueser dan Gingerich (1995), rawatan dan ubat-ubatan
untuk kecelaruan skizofrenia bermula pada tahun 1950 apabila ubatnya ditemui
secara tidak sengaja semasa ahli sains membuat kajian tentang hipertekanan yang
melibatkan tekanan darah tinggi.
Ubat
Anti-psikotik: Terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan yang dikelaskan sebagai ubat
anti psikotik yang digunakan untuk rawatan skizofrenia. Ubat-ubatan
antipsikotik boleh mengurangkan atau menghapuskan gejala-gejala psikosis
seperti delusi dan halusinasi (Zuraida.2009:33). Pengambilan ubat secara
teratur dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya penyakit berulang dan pesakit
skizorfenia mestilah menerima kenyataan
bahawa dalam kebanyakan kes, ubat perlu diambil dalam jangka waktu yang lama
ataupun seumur hidup. Sizorfernia biasanya diiringi oleh simptom-simptom lain
seperti gelabah, tertekan, resah dan memerlukan ubat penenang (benzodiazepine).
Ia tidak memberi kesan kepada skizofernia tetapi akan menenagkan pesakit
sehingga ubat antipsikotik menunjukkan tindakan awal.
Semasa
episod psikotik skizorfernia, seseorang pesakit mungkin berasa murung. Oleh itu
ubat antidepressant (kemurungan )juga mungkin diberikan kepada pesakit. Jika
pesakit skizorfernia mengalami gangguan emosi yang tinggi (iaitu mempunyai perasaan tinggi dan rendah) ubat
menstabilkan emosi diberikan. Manakala mereka yang mengalami kesan
sampingan seperti ektrapirimidal seperti getaran tangan atau kuku, selalunya
akan diberikan ubat antiparkinson untuk melawan kesan sampingan tersebut
(Zuraida.2009: 36). Sebahagian ubatan jenis ini mengambil masa yang agak lama
sebelum memberi kesan.
Mengimbau
kembali filem ‘A Beautiful Mind’, John Nash telah disahkan mengalami
skizofernia. Alice iaitu isterinya telah membawa John Nash menemui Dr Rosen dan
berbincang mengenai kaedah rawatan untuk digunakan ke atas Nash. Dr Rosen telah
menggunakan ubat antipsikotik dan diberikan kepada John Nasr namun ia tidak
dapat memberi kesan yang lama ke atasnya kerena akhirnya beliau berhenti dari
mengambil ubat tersebut. Selepas beliau berhenti mengambil ubat tersebut
halusinasi serta imaginasi turut sama muncul kembali.
2- RAWATAN
ELEKTROKONVULSIF (ELECTROSHOCK THERAPY -ECT)
Rawatan
elektrokonvulsif diberikan melalui pengaliran elektrik bervoltan amat rendah
merentasi otak seseorang. Elektrik bervoltan rendah digunakan untuk memberikan
kejutan secara teraputik kepada sistem otak. Rawatan jenis ini adalah selamat, efektif
dan tidak berbahaya serta biasanya digunakan untuk merawat penyakit kemurungan
yang serius (O’brien Patrick.1978: 198). Sebelum rawatan dijalankan, seseorang
itu akan diberi bius dan pesakit akan berasa letih dan lemah di samping ingatan
mereka sedikit terjejas.
Di dalam
filem ‘A Beautiful Mind’, kaedah ini dijalankan ke atas John Nasr disebabkan
simptom skizorfenia yang dialaminya agak kritikal sehingga menyebabkannya
sentiasa berada dalam delusi dan halusinasi. Oleh itu, Dr Rossen menyarankan
agar rawatan elektrokonvulsif ini dilakukan sebanyak 5 kali seminggu bagi
memberi kelegaan kepadanya. Namun ia tetap tidak memberi kesembuhan sepenuhnya
ke atas John Nasr.
John Nash ketika menerima rawatan
3- KEMASUKAN
KE HOSPITAL
Gangguan
jiwa mempunyai pecahan penyakit seperti schizophrenia, gangguan dwipolar,
kerunsingan, masalah konpulsif-obsesif, gangguan pemakanan, dementia dan
kemurungan. Seseorang yang mengalami skizofrenia tanpa dirawat biasanya akan
menunjukkan pemikiran yang tidak teratur, dan mungkin mengalami delusi atau
halusinasi pendengaran.
(http://www.wanista.com/2012/08/kenali-sindrom-sakit-mental-dan-bagaimana-untuk-membantu/).
Ketika krisis atau simptom menjadi lebih teruk, kemasukan ke hospital adalah
perlu untuk memastikan keselamatan, pemakanan, tidur dan juga kebersihan
terjaga. Kebiasaannya pesakit-pesakit skizofrenia ini akan tinggal di dalam
hospital yang khusus bagi penyakit mental kerana tingkah laku pesakit ini
kadangkala amat bahaya sehingga kepada membunuh diri. Walau bagaimanapun,
jumlah pesakit yang berjaya disembuhkan amat sedikit disebabkan mereka
mengalami gangguan mental yang amat serius. Namun begitu terdapat juga pesakit
skizofrenia yang berjaya pulih sepenuhnya dengan gabungan rawatan dan ubat-ubatan
yang diperolehi.
Alice
mendapati bahawa kelakuan Nash yang agak memencilkan diri. Beliau mengesyaki
bahawa mungkin Nash mengidap penyakit tertentu. Jadi John Nasr terpaksa
dimasukkan ke hospital apabila tingkahlakunya yang sentiasa dipengaruhi dengan
halusinasi dan delusi menyebabkannya berada dalam khayalan dan memerlukan
kepada perhatian doktor. Selain itu beliau juga sanggup mencederakan dirinya
dengan melukakan lengannya disebabkan halusinasinya yang menganggap wujudnya
kod rahsia yang disimpan di situ.
4- TERAPI PSIKOLOGI DAN SOSIAL
Psikoterapi
melibatkan penggunaan teknik psikologi kepada pesakit. Ahli profesional yang
mengendalikan psikoterapi adalah seperti ahli psikologi, pekerja sosial dan
jururawat yang berpengalaman. Psikoterapi digunakan bersama-sama dengan
ubat-ubatan. Kebanyakan pakar meyakini program pemulihan semakin berkesan jika
program ini melibatkan gabungan psikoterapi dan penggunaan ubat-ubatan
antipsikotik. Terapi sebegini boleh dijalankan di hospital, linik pesakit luar,
pusat kesihatan mental dan pusat rehabilitasi ( satu proses yang berterusan
untuk mengembangkan keupayaan seseorangg pesakit akibat sesuatu peristiwa yang
berlaku atau kecederaan).
Kaedah
terapi psikososial digunakan untuk meningkatkan kebolehan sosial, keupayaan
diri, kemahiran praktikal dan komunikasi dengan orang lain daripada kalangan
pesakit skizofernia. Matlamatnya untuk membolehkan seseorang pesakit yang
mengalami penyakit yang kronik mengembangkan kemahiran sosial dan vokasional
agar boleh hidup berdikari.
a. Terapi
Keluarga Atau Berkumpulan
Keluarga
merupakan insan yang paling dekat dengan
pesakit dan kehadiran mereka adalah sumber kekuatan yang dapat memberi kelegaan
dan kesembuhan dalam jangka masa yang panjang. Menurut Nevid, et al. (2000)
anggota keluarga mampu untuk memainkan peranan yang paling berkesan sebagai
kumpulan sokongan. Pesakit memerlukan sokongan dan bantuan daripada keluarga.
Konsep penerimaan sepenuhnya daripada anggota keluarga sendiri mampu untuk
memulihkan kecelaruan kecelaruan yang dihidapi oleh pesakit.
Melalui
terapi dalam kumpulan, pesakit boleh memperbaiki skil sosial mereka atau dalam
kata lain mengikis kelakuan yang aneh dan memperbaiki cara berinteraksi dengan
orang lain. Terapi ini penting agar ahli keluarga dapat mengenal serta menjauhi
situasi yang boleh membuatkan pesakit berasa tertekan. Konsep penerimaan
sepenuhnya daripada anggota keluarga sendiri mampu untuk memulihkan
kecelaruan-kecelaruan yang dihidapi oleh pesakit. Masyarakat sering menganggap mereka yang mengalami
masalah mental ini sebagai satu ancaman dan amat merbahaya kepada keselamatan
kerana akhbar sering melaporkan salah laku mereka yang menghadapi masalah ini
tetapi tidak menyatakan cara untuk membantu mereka. Justeru, peranan keluarga
dalam membantu pesakit amatlah diharapkan. Layanan dan kemesraan yang
ditunjukkan akan memberikan pesakit keyakinan diri dan merasakan diri mereka
disayangi serta dihargai.
Selepas Nash
dikeluarkan dari hospital, isterinya Alice banyak mengambil berat dan memantau
kesihatannya. Alicia merupakan individu penting dalam proses kesembuhan John
Nasr. Pengorbanannya dalam memahami emosi suaminya menjadikan proses ini dapat
dilalui dengan sebaiknya sehingga John Nasr sembuh dari penyakit yang dihidapi
hampir 3 dekad. Sokongan dan dorongan ahli keluarga dapat menyuntik semangat
untuk kekal sihat dan menjalani kehidupan normal yang penuh kegembiraan dan
keseronokan. Alice sangat sabar dalam melayani karenah dan perangai John Nash
yang kadang-kadang turut mendatangkan tekanan padanya. Selain itu Sol
sahabatnya juga pernah melawatnya di rumah dan cuba untuk menaikkan semangatnya
untuk pulih normal seperti manusia lain. Doktor juga menjalankan
tanggungjawabnya dalam memberi rawatan yang bersesuaian dengan pesakit.
Alice banyak membantu dalam memberi
semangat kepada Nash
b. Latihan
Kemahiran Sosial
Latihan ini
adalah pendekatan pemulihan yang berkesan dan membantu pesakit berdikari.
Program pendidikan untuk keluarga bertujuan meningkatkan pemahaman tentang
penyakit skizofrenia dan cara rawatannya. lni dapat membantu keluarga pesakit
momperbaiki komunikasi dan kemahiran dalam penyelesaian masalah.Bagi sesetengah
pesakit rawatan pemulihan melalui program bengkel terlindung dant penjagaan
harian akan dapat membantu. Rawatan awal memudahkan penyakit ini sembuh dan
mengekalkan fungsi diri.
c. Kaunseling
Kaunseling
boleh membantu pesakit memahami keadaan diri dan perasaannya dengan lebih
mendalam. Rawatan ini diberikan secara pesakit luar. Seseorang itu mungkin
memerlukan beberapa sesi kaunseling sebelum mendapat kesan rawatan. Jumlah sesi
kaunseling bergantung kepada jenis penyakit dan keperluan individu. Selain itu,
terapi kaunseling kepada keluarga juga penting. Melalui terapi ini, keluarga
tersebut dapat memahami dengan lebih mendalam berkenaan penyakit ini dan
mengenal pasti sebarang perubahan pada pesakit dengan lebih cepat. Selain itu,
program pendidikan untuk keluarga bertujuan meningkatkan pemahaman tentang
penyakit skizofrenia dan cara rawatannya. lni dapat membantu keluarga pesakit
memperbaiki komunikasi dan kemahiran dalam penyelesaian masalah.
d. Terapi
Kelakuan
Pendekatan
ini menggunakan pendekatan sistem ekonomi yang dilakukan di hospital mental.
Pesakit belajar mengenai tingkah laku yang formal seperti bagaimana mentadbir
semasa mesyuarat, mempunyai perwatakan yang kemas dan sentiasa menggunakan
perkataan yang sopan. Terapi ini digunakan pada pesakit-pesakit skizofernia
untuk memperbaiki pemikiran yang sudah terpesong, meningkatkan daya tumpuan,
dan membaiki kesilapan dalam membuat keputusan (Zuraida.2009:42). Pesakit yang
beroleh keberkesanan dalam terapi adalah yang memahami dan nyata penyakit yang
dialami oleh mereka. Teknik releksasi adalah merupakan satu contoh rawatan
jenis ini. Jika pesakit dapat melakukannya mereka akan diberikan ganjaran sama
seperti makanan, masa yang istimewa kepada mereka, mereka telah lulus ujian dan
sebagainya. Kaedah rawatan ini mengurangkan delusi dan halusinasi pesakit (O’brien
Patrick.1978:255). Pendekatan ini adalah lebih mesra dan banyak diaplikasikan
pada masa kini. Terapi memerlukan perhatian yang tinggi diberikan kepada
pesakit dalam misi untuk ke arah lebih baik. Keluarga dan sahabat perlu
memberikan perhatian dan perlindungan kepada pesakit kerana hanya melalui
sokongan ini dapat menyembuhkan mereka daripada halusinasi dan delusi.
Alicia
memberikan sentiasa memberikan keyakinan kepada suaminya untuk berdikari.
Kerjasama dari masyarakat seperti kawannya Martin Hansen yang membenarkan dia
belajar semula di Princeton university.
e. Psikoterapi
Individu
Psikoterapi individu adalah suatu terapi yang
dapat membantu dan memberi kesan tambahan kepada rawatan ubat-ubatan. Kebolehan
juruterapi seperti keluarga, sahabat dan orang awam menguasai dan memahami
pesakit adalah satu cara yang dapat member kesan kepada keberkesanan rawatan
ini. Manakala, kebolehan seseorang pesakit skizofernia untuk menghasilkan
perhubungan yang berkesan atau ‘terapeutik’ dengan juruterapi adalah penanda
kepada keberkesanan rawatan psikoterapi (Zuraida.2009:42). Untuk membina
hubungan anatara pesakit dengan doktor bukanlah suatu tugas yang mudah
disebabkan pesakit suka bersendirian, sukar untuk didekati, sukar mempercayai
orang lain dan mudah cemas. Juruterapi perlu menghormati ruang dan privasi yang
diingini oleh pesakit dan perlu memberikan arahan yang mudah, bersikap sabar,
ikhlas dan sensitive dengan gelagat pesakit. Kepercayaan terhadap juruterapi
perlu dibina ke atas pesakit agar mereka boleh dipercayai, memahami dan
meyakini bahawa pesakit adalah seperti manusia biasa.
Objektif
psikoterapi individu ini adalah untuk meningkatkan keperibadian dan penyesuaian
sosial selain mencegah daripada berulangnya penyakit. Pendekatan terapi ini menggunakan kemahiran sosial, senaman
relaksasi (ketenangan), pendidikan psikiatri, mengenal diri dan memahami
kelemahan diri. Pesakit yang menjalani psikoterapi peribadi akan bertambah baik
dalam penyesuaian social, termasuk dalam pekerjaan, berhibur dan perhubungannya
dengan orang lain serta kadar berulangnya penyakit adalah rendah berbanding
pesakit yang tidak menjalani terapi peribadi (Zuraida.2009:43).
Dr Rossen
adalah individu yang bertanggungjawab dalam misi member kesembuhan kepada John
Nasr. Melalui pantauan dan nasihat Dr. Rossen, John Nasr kembali yakin untuk
keluar daripada penyakitnya. Kepercayaannya terhadap Dr. Rossen membantu dia berjaya untuk mengawal halusinasi dan delusi yang dialami.
RAWATAN
SUSULAN PESAKIT YANG BAIK PROGNOSIS
Selepas
rawatan episode skizorfenia pertama, pesakit yang dianalisis mempunyai
prognosis yang baik (dijangka akan pulih dengan cepat dan sepenuhnya) akan
dirawat dengan dua keperluan utama (Zuraida.2009: 50).
i. Perlu meneruskan ubat antipsikotik
untuk sekurang-kurangnya tiga bulan sebagai pesakit luar.
ii. Mendapatkan nasihat doctor untuk
rawatan susulan.
RAWATAN
SUSULAN PESAKIT YANG TIDAK BAIK PROGNOSIS
Apabila
dinilai kemungkinan penyakit akan berulang, rawatan berterusan diperlukan,
termasuklah terus memakan ubat antipsikotik. Suntikan antipsikotik diberikan
jika ubat tidak berhasil. Keperluan ubat bergantung kepada keadaan pesakit dan
pantauan serta nasihat akan diberikan supaya pesakit menjauhkan daripada
hal-hal yang menekan hidupnya. Masa interaksi dikurangkan jika didapati emosi
ahli keluarga yang tinggi terhadap pesakit.. Pesakit digalakkan meneruskan
kehidupannya dengan mendapatkan pekerjaan dan meneruskan kerjayanya
(Zuraida.2009:51).
RAWATAN
SUSUSLAN PESAKIT KRONIK
Apabila
pesakit didapati sukar untuk bersosial dan mempunyai symptom-simptom negatif
skizofernia yang kronik, rawatan yang lebih komprehensif perlu dirancang.
Proses rehabilitasi perlu dijalnkan sama ada di hospital atau diluar hospital.
Pengekalan ubat-ubatan sangat penting di samping program pemulihan yang
besesuaian dengan pesakit.
Rawatan
adalah ibarat tongkat yang hanya dapat menyokong pesakit tetapi berjalan adalah
dilakukannya sendiri. Sokongan keluarga dan rakan-rakan akan dapat membantu
memulihkan pesakit.
KESIMPULAN
Skizofernia
ini adalah satu penyakit yang sebenarnya berpunca daripada masalah kegagalan
fungsi otak. Disebabkan oleh masalah tersebut membuatkan pesakit skizoferni ini
sering mendengar suara yang tidak didengari oleh orang lain atau percaya bahawa
orang lain sedang menguasai pemikiran mereka dan juga percaya bahawa ada orang
yang mahu mencederakan mereka.
John Nash
seorang individu genius dalam bidang matematik mampu membuktikan bahawa
walaupun beliau mengalami penyakit skizofernia ini hampir tiga dekad, beliau berjaya
mengharungi hidup dan meraih anugerah Nobel Memorial Prize dalam ekonomi.
Beliau akhirnya berjaya pulih seperti sediakala dan menjalani kehidupan normal
seperti manusia biasa.
Ini
membuktikan bahawa pesakit yang mengidap penyakit skizofenia ini mampu serta
boleh disembuhkan dan pesakit ini juga boleh menjalani kehidupan-kehidupan yang
normal seperti manusia biasa. Sebelum pesakit skizofernia boleh menjalani
kehidupan normal, terdapat usaha-usaha serta rawatan yang berkala bagi mengawal
halusinasi yang dialami oleh pesakit ini. Ubat-ubatan untuk menyembuhkan
penyakit ini juga masih belum lagi ditemui walaupun penemuan bagi rawatan dan
ubatan telah ada. Ini kerana kaedah rawatan serta ubat-ubatan bagi penyakit
skizofernia ini hanyalah bersifat untuk meredakan ketegangan pesakit shaja dan
bukan untuk menyembuhkan penyakit skizofernia ini secara menyeluruh.
Pemupukan
kasih sayang di antara pesakit skizofernia ini terutamanya melibatkan anggota
keluarga serta masyarakat amat dititikberatkan bagi merawat pesakit-pesakit
skizofernia. Sikap-sikap tidak meminggirkan pesakit ini juga adalah perlu bagi
mewujudkan perasaan tenteram dalam diri pesakit. Oleh itu, segala sokongan
serta kerjasama dari semua pihak adalah amat penting bagi mengembalikan semula
pesakit ini ke dalam keadaan normal.
A Beautiful Mind trailer
RUJUKAN
Azizi Yahaya
dan Tan Soo Yin. 2007. Kesihatan Mental. Universiti Teknologi Malaysia.
Johor.
Azizi
Yahaya, Cathy Suhaila Abdullah, Roslee Ahmad dan Sharifuddin Ismai. 2006. Kecelaruan
tingkah laku. PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur.
H.Buss
Arnold & H. Buss Edith. 1969. Theories of Skizophrenia. United
States of America :
Lorettali.
Ming
T.Tsuang. 1982. Schizophrenia : The Facts. New York : Oxford University
Press.
Mueser, K.T.
dan Gingerich. S. 1995. Coping With Schizophrenia. Oakland, California.
New Harbinger Publications, Inc.
Nevide,
J.S., Rathus, S.A dan Greene, B. 2000. Abnormal Psychology. Fourth
Edition. New Jersey. Prentice Hall.
Nor Zuraida
Zainal & Jesjeet Singh Gill.2009. Skizofernia: Penyakit Mental.
Kuala Lumpur: Penerbit UM.
O’brien
Patrick.1978. The Disordered Mind ,What we now know about Schizophrenia.USA:
A Spectrum Book.
Sue A.
Shapiro. 1960. Contemporary Theories of Schizophrenia. New York : Basic
Book
Publishers.
William C. Cockerham.
1995. Sociology of Mental Disorder. Sixth Edition. New Jersey :
Upper Saddle
River.
Nukilan bersama:
Nurul
Amilin Binti Rozali
Nurfida’iy
Binti Salahuddin
Nor
Atikah Binti Adnan
Nurfiza
Syahida Binti Mazid
Nur
Ain Binti Ariffin
Amilin Lee